Keluaran dan sambutan Qhaliq

Qhaliq pada asalnya dijadualkan tayangan perdananya pada 5 April 2018, terpaksa ditunda seketika kerana slot tayangan telah diberikan kerpada filem arahan Dain Iskandar Said, Dukun.[4] Penerbit filem ini, Fyzal Fauzi meluahkan rasa kecewa atas penarikan balik filem Qhaliq.[4] Selepas dua bulan tertunda, Qhaliq menerima tarikh keluaran tayangan rasmi, iaitu pada 14 Jun 2018.[5]

Filem ini menerima ulasan yang rata-ratanya negatif. Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online berkata: "Bukan untuk meniru tetapi untuk mendapat idea yang dapat dikembangkan dalam acuan tempatan dengan kos dalam konteks filem tempatan. Alang-alang hendak memartabatkan sinema tempatan, buatlah dengan sepenuh jiwa raga."[6]

Pada September 2018, Qhaliq disenaraikan sebagai salah satu daripada 10 filem Malaysia dengan kutipan pecah panggung terendah bagi tahun 2018 oleh Sinar Harian, bersama-sama Makrifat Cinta dan Hantu Wangan serta tujuh lagi filem.[3]